ylliX - Online Advertising Network
Jangan tangguh kosong tangki septik sekali setiap 2 tahun

Jangan tangguh kosong tangki septik sekali setiap 2 tahun


Sejumlah 250 premis mendaftar dengan IWK bagi mendapatkan perkhidmatan pengosongan tangki septik dalam Karnival Tiga Dekad IWK Memelihara Kesejahteraan Rakyat bersama penduduk Mukim Karangan, Kulim, Kedah. (Gambar IWK)

PETALING JAYA: Indah Water Konsortium (IWK) terus melaksanakan kempen kesedaran kepentingan pengosongan tangki septik sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Dalam Karnival Tiga Dekad IWK Memelihara Kesejahteraan Rakyat bersama penduduk Mukim Karangan di Kulim, Kedah, sebanyak 250 premis mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan pengosongan tangki septik.

Ketua Jabatan Perniagaan Nyahenap Cemar IWK, Pauzi Mohamed, berkata penganjuran program itu bukan sahaja bagi memberi penjelasan mengenai peraturan, malah menyampaikan maklumat kepentingan pengosongan tangki septik.

“Bagi premis yang menggunakan sistem pembetungan tangki septik individu, pengguna hendaklah faham yang tangki ini berfungsi sebagai tangki yang menerima air sisa kumbahan dan mempunyai kapasiti rawatan yang terhad.

“Sekiranya tidak dikosongkan, ia boleh menyebabkan air sisa kumbahan tidak dirawat dan seterusnya mengalir ke sungai atau perairan sehingga boleh mencemarkan sumber air negara. Sisa kumbahan hendaklah dilupuskan dengan cara selamat bagi mengelakkan penyebaran penyakit bawaan air,” katanya pada program itu baru-baru ini.

Kira-kira 500 penduduk dari sepuluh kampung di mukim berkenaan hadir menyaksikan demonstrasi pengosongan tangki septik serta cucian lestari dijalankan IWK.

Pauzi berkata, bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua pemilik, pengurusan, atau penghuni premis yang mempunyai tangki septik perlu menjalankan nyahenap cemar secara berjadual.

Kegagalan mematuhi peraturan ini merupakan kesalahan bawah Subseksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.

“Di Malaysia, terdapat kira-kira 1.35 juta pengguna tangki septik yang mana ia perlu dikosongkan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun.”



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *