ylliX - Online Advertising Network
WCE Banting-Gelang Patah dijangka pacu perubahan kawasan sepanjang laluan

WCE Banting-Gelang Patah dijangka pacu perubahan kawasan sepanjang laluan


WCE
Perdana menteri bulan lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan. (Gambar Bernama)

PONTIAN: Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat.

Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata, pembinaan WCE di jajaran itu antaranya dapat memberikan manfaat pelebaran dan penambahbaikan jalan raya di kawasan terlibat.

“WCE akan disambung ke Selatan dan melalui daerah seperti Batu Pahat, Tanjung Piai (Pontian) sampai ke Gelang Patah.

“Apabila melalui kawasan berkenaan, seperti Pontian, mungkin jalan raya di daerah itu suatu ketika nanti akan menjadi kepada empat lorong,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan projek itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Iconic Rally Championship 2024 semalam, lapor Bernama.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan berkata, WCE akan menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuh Raya Utara Selatan.

Katanya, selain menyuraikan kesesakan lalu lintas, projek dalam perancangan itu juga memberi kesan positif dalam memacu kemajuan di kawasan sepanjang laluan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi setempat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan.

Ketika ini, satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Johor ke Lembah Klang bagi pengangkutan darat seperti lori, bas, kereta dan motosikal ialah Lebuh Raya Utara Selatan, yang dibuka pada 1994.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *