ylliX - Online Advertising Network
Kerjasama hanya dengan pihak tak ‘makin hamun’ GRS, kata Armizan

Kerjasama hanya dengan pihak tak ‘makin hamun’ GRS, kata Armizan


Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya buat masa ini hanya menumpukan pada usaha melaksanakan mandat rakyat.

PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum membincangkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata, gabungan itu bagaimanapun terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang juga mahu bekerjasama dengannya, bukan bermusuh.

“Saya boleh sahkan belum ada perbincangan rasmi pada peringkat GRS tentang kerjasama dengan pihak lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Kalau mahu kerjasama pun, kerjasama dengan orang yang mahu kerjasama dengan kita, bukan orang yang benci dan maki hamun kita.”

Armizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi bahawa pihaknya tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama pada PRN Sabah.

Semalam, Zahid berkata, mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan yang diadakan baru-baru ini memutuskan bahawa kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) akan diperkukuh pada peringkat negeri, termasuk Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sebelum ini berkata, BN Sabah sedia bergerak solo pada PRN jika tiada kesepakatan kerjasama dicapai dengan parti lain.

Armizan hari ini berkata, GRS buat masa ini hanya membincangkan cara memperkuat gabungan itu, dan selagi PRN belum berlangsung, GRS akan menjalankan mandat yang diberikan rakyat bersama PH di Sabah.

“Sekarang (masa) untuk kita laksanakan mandat rakyat. Buat kerja dulu, apa-apa benda lain bincang kemudian,” katanya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *