ylliX - Online Advertising Network
DBKL batal pelawaan mohon tapak bazar Ramadan seliaan penganjur

DBKL batal pelawaan mohon tapak bazar Ramadan seliaan penganjur


DBKL berkata pelawaan baharu akan dikeluarkan membabitkan semua lokasi bazar Ramadan.

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan pelawaan memohon tapak bazar Ramadan seliaan penganjur di seluruh Kuala Lumpur yang diiklankan bulan lalu.

Iklan pelawaan itu dimuat naik ke laman rasmi Facebook DBKL pada 23 Okt lalu.

Menurutnya, empat lokasi bazar Ramadan bawah seliaan DBKL yang diiklankan bulan lalu turut terbatal, iaitu tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri, Jalan 3/27A Wangsa Maju Seksyen 1, UTC Sentul dan Jalan Telawi 1 hingga 4 Bangsar.

Katanya, pelawaan baharu akan dikeluarkan membabitkan semua lokasi bazar Ramadan.

“Pelawaan bagi permohonan tapak bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman bawah kendalian DBKL adalah sah. Tarikh tutup permohonan kekal 6 Nov 2024,” katanya dalam kenyataan.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *