ylliX - Online Advertising Network
PGA rampas 18,700 paket minyak masak cuba diseludup ke negara jiran

PGA rampas 18,700 paket minyak masak cuba diseludup ke negara jiran


Sebuah lori membawa kira-kira 18,700 paket minyak masak yang dipercayai cuba diseludup ke nagara jiran ditemui tersadai di bahu jalan berhampiran Kampung Terusan, Pasir Mas Kelantan. (Gambar PGA)

PETALING JAYA: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas kira-kira 18,700 paket minyak masak dalam sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Terusan, Pasir Mas Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata paket minyak masak yang bernilai RM46,750 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, lapor Bernama.

Katanya, rampasan itu dilakukan pada kira-kira 4 petang oleh sepasukan anggota Batalion 7 (PGA7) bersama penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

“Ketika tiba di lokasi, pihak PGA7 dan KPDN menemukan sebuah lori jenis Nissan yang terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan ratusan kotak mengandungi 18,700 paket minyak masak di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kesemua rampasan termasuk lori bernilai RM160,000 itu dibawa ke Balai Polis Jelawat di Bachok untuk tindakan lanjut.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *