ylliX - Online Advertising Network
Tambang pengangkutan awam tak naik susulan gaji minimum RM1,700, kata Loke

Tambang pengangkutan awam tak naik susulan gaji minimum RM1,700, kata Loke


Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata tidak ada kesan besar pada sektor penerbangan kerana sektor ini banyak membabitkan kerja teknikal yang memerlukan tenaga mahir dan terlatih. (Gambar Bernama)

SUBANG: Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bermula Februari depan tidak akan menyebabkan tambang pengangkutan awam termasuk di sektor penerbangan naik, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata ia berikutan kadar upah semasa bagi kakitangan di sektor itu sudahpun melangkaui penetapan kadar gaji minimum seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025.

โ€œRata-ratanya gaji di sektor penerbangan sudah melebihi RM1,700. Saya rasa ini tidak akan ada kesan besar sebab sektor ini banyak membabitkan kerja teknikal yang memerlukan tenaga mahir dan terlatih.

โ€œDi sektor pengangkutan awam lain, saya rasa kadar upah pemandu bas pun sudah melebihi RM1,700. Kadar tambang bas juga dikawal kerajaan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Rundingan Perkhidmatan Udara (ICAN) 2024.

Katanya, pelaksanaan gaji minimum itu juga tidak memberi kesan besar kepada pengangkutan awam seperti bas kerana rata-rata gaji pemandu bas ketika ini adalah RM3,000 dan ke atas sebulan.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan gaji minimum baharu iaitu RM1,700 berbanding RM1,500 pada masa ini ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan memberi penangguhan enam bulan kepada majikan yang mempunyai kurang lima pekerja, dengan pelaksanaan bermula 1 Ogos.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *