ylliX - Online Advertising Network
Taikun kalah saman fitnah terhadap Chow

Taikun kalah saman fitnah terhadap Chow


chow-kon-yeow-dan-tan-kok-ping
Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang, Tan Kok Ping (kanan) saman Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkait kenyataan dikatakan fitnah berkait peletakan jawatan dari Silver Jubilee Home for the Aged.

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi menolak kes fitnah dikemukakan taikun Pulau Pinang, Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Tan, yang juga presiden kehormat seumur hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), menyaman Chow ke atas kenyataan berunsur fitnah berkait peletakan jawatannya dari Silver Jubilee Home for the Aged.

Ia susulan cubaan Tan untuk membina asrama tanpa tender terbuka dan beberapa perkara lain berbangkit. Tan, yang juga pemegang amanah rumah berkenaan, bersama dua lagi tidak lagi menjadi pemegang amanah kerana tidak lagi bersefahaman.

Hakim Quay Chew Soon, berkata kenyataan dikatakan berunsur fitnah yang dibuat Chow ke atas Tan didapati tidak memfitnah, malah ia adalah kenyataan fakta dan dibuat tanpa berniat jahat.

“Kenyataan Chow mengapa tender diperlukan – memandangkan rumah Jubilee bukan milik kerajaan negeri, tetapi sebuah organisasi awam dan bukan harta peribadi Tan – adalah kenyataan fakta.

“Dapatan saya menunjukkan kenyataan disangkal itu tidak mengandungi maksud atau sindiran seperti didakwa Tan.

“Saya mendapati pembelaan justifikasi, komen berpatutan, dan perlindungan bersyarat telah berjaya dibuktikan,” katanya dalam keputusan disampaikan dalam Zoom.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *