ylliX - Online Advertising Network
Pesara rugi RM260,000 angkara ‘phone scam’

Pesara rugi RM260,000 angkara ‘phone scam’


Scammer-Hacker
Polis mengingatkan masyarakat sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi.

KUANTAN: Seorang pesara kerugian RM260,950 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan polis.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai NSRC dan mendakwanya terlibat dengan aktiviti judi dalam talian serta pengubahan wang haram pada September lalu.

Beliau berkata, panggilan kemudian disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan terdapat waran tangkap terhadapnya berikutan sejumlah RM1.18 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank pesara tersebut.

“Pada 27 Okt lepas, mangsa telah diarahkan untuk memindahkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM120,000 ke dalam akaun bank miliknya serta turut diarahkan supaya Kad ATM berserta nombor pin mangsa diletakkan di lokasi yang diberikan, kononnya bagi tujuan siasatan Jabatan Audit Negara.

”Mangsa mula menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam akaun bank miliknya sebanyak RM260,950 termasuk wang simpanan Tabung Haji tersebut telah dikeluarkan suspek,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya turut menasihati orang ramai membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan sebaik menerima panggilan meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Katanya, masyarakat juga diingatkan sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *