ylliX - Online Advertising Network
Lebih 5,000 kandungan media sosial sentuh 3R diturunkan

Lebih 5,000 kandungan media sosial sentuh 3R diturunkan


socmed
Fahmi Fadzil menjelaskan kerajaan tidak menyekat kebebasan bersuara termasuk di alam maya.

PETALING JAYA: Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 5,734 kandungan menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) telah diturunkan penyedia platform media sosial dari 2022 hingga 1 Okt lalu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata SKMM dengan kerjasama polis menguatkuasakan Akta Komunikasi dan Multimedia selain Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 bagi menghalang penyebaran kandungan menyentuh isu 3R.

“Bermula 2022 sehingga 1 Oktober 2024, sebanyak 5,734 kandungan media sosial yang berkaitan 3R telah diturunkan penyedia platform.

“Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak 145 kes berkaitan 3R telah disiasat dan daripada jumlah tersebut sebanyak tujuh kes telah didakwa oleh Jabatan Peguam Negara dan empat kes dikenakan hukuman mahkamah,” katanya dalam jawapan lisan kepada Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik).

Ahmad meminta Fahmi menyatakan rekod isu membabitkan 3R bagi memastikan keadilan serta prinsip kebebasan bersuara dapat dijaga dengan saksama, tanpa mengira kedudukan politik.

Fahmi menjelaskan tindakan penguatkuasaan bukanlah untuk menyekat kebebasan bersuara tetapi untuk menjaga keseimbangan bagi memberi perlindungan secara keseluruhan bagi menjamin kesejahteraan negara.

Beliau juga menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan menyentuh isu 3R.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *